Monday, March 23, 2009

Mee Segera : Pemuda Laa Nie!!

KJ the Mee Segera UMNO Youth
Malaysia (skyters

) - Naib timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penerbitan buku yang bertajuk “ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin” kerana telah mengugut beliau dengan bayaran wang sebanyak RM100,000.00. Yahya Ismail yang juga penerbit buku berkenaan telah datang bertemu mengugut Khairy bahawa sekiranya Khairy gagal membuat pembayaran beliau akan menerbitkan buku tersebut. Tujuan buku tersebut diterbitkan ialah untuk dihantar kepada semua perwakilan UMNO Malaysia kerana kandungan buku tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy yang cuba memberi imej buruk kepada perwakilan beliau.

Beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail berkata bahawa beliau dita

ja oleh musuh-musuh politik Khairy dalam UMNO sendiri.

Di sini berlakunya ugutan dan khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang ugutan walaupun Yahya meminta beliau membayar sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak dicetak , dijual dan diedarkan kepada perwakilan.


 Yahya Ismail a.k.a Pak Ya

Pak Ya said :

(Pak Ya, tidak dapat mengingati tarikh dan masa pertemuan tersebut.)

"Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes.

"Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau,"  katanya (foto) kepada Malaysiakini.

Menceritakan lebih lanjut beberapa perbualan dalam rundingan tersebut, penulis veteran itu berkata:

"Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta (buku tersebut). Khairy kata, 'saya beritahu esok'.

"(Sewaktu) orang dia bawa balik saya, (mereka) bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?'

"Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.' Keesokan harinya orang dia datang beri (balik) naskhah, (orang Khairy berkata:) 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'.

No comments:

MIA

MIA